Friday, 10 August 2012

RPH Bahasa Melayu Tahun 3


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU
Mata Pelajaran dan Kelas
Bahasa Melayu  Tahun  3 Al-Farabi
Tema/Tajuk
Mari Bertani – Makanan Berasaskan Pertanian
Masa
8.00 pagi  – 9.00 pagi
Hasil
Pembelajaran
Fokus Utama
2.1
Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
Aras 2 (i) Mengenal pasti isi penting daripada cerita yang didengar atau ditonton.
Fokus Sampingan
8.1
Membina dan menulis perkataan dan ayat tunggal.
Aras 1 (i) Menulis perkataan dan ayat tunggal yang diberikan dengan cara yang betul dan kemas.

LITERASI
6.4                                                                                   Membina dan menulis ayat tunggal yang ada perkataan mengandungi suku kata tertutup ’ng’.
Objektif:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid berupaya;
      i.   Menyebut dan membaca perkataan mengandungi suku kata ’ng’ dengan sebutan yang baik dan jelas
     ii.    Membina dan menulis sekurang-kurangnya 4 daripada 5 ayat tunggal dengan betul.
Pengetahuan Sedia Ada:
Murid pernah melihat/makan buah-buahan tempatan
EMK
Nilai Murni – berbudi bahasa, rajin
Keusahawanan – sikap dan pemikiran keusahawanan
TMK – belajar melalui TMK
Kaedah VAK
Auditori   - mendengar sebutan guru, menyebut 
                   huruf,mendengar lagu
Visual      - melihat kad huruf dan kad gambar
Kinestatik- pergerakan dan sentuhan
Bahan Bantu Belajar/ ABM
komputer, kad perkataan, kad gambar, lembaran kerja



LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN

Set induksi
8.00-8.05 pagi
(5 minit)

Nyayian lagu “Buah-buahan Tempatan”
i.      Tayangan nyayian lagu “Buah-buahan tempatan.
ii.     Murid menyanyi lagu mengikut seni kata
BBM:
Klip video lagu buah-buahan tempatan, lirik lagu
Langkah 1
Pemerhatian
8.05pagi-8.20 pagi
(15 minit)

Aktiviti 1:

Bercerita dengan menggunakan sebutan yang baik dan jelas
i.      Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan tayangan slaid power point  lagu buah-buahan tempatan
ii.     Murid menceritakan apa yang difahami
iii.    Guru meminta murid menyebut buah-buahan yang terdapat dalam klip video
iv.   Murid menyebut buah yang terdapat dalam tayangan
BBM:
Lirik lagu “buah-buahan tempatan”

NILAI MURNI:
Berbudi bahasa

EMK:
Keusahawanan- pemikiran keusahawanan
Langkah 2:
Penerokaan
8.20pagi -8.40 pagi
(20 minit)
Aktiviti 2:

Menyebut, membaca perkataan dan membina ayat  tunggal

i.      Guru memanggil murid secara rawak untuk mengambil kad gambar dan menayangkan kepada kelas
ii.     Murid memilih gambar yang disukai dan menunjukkan kepada rakan
iii.    Murid lain menyebut gambar yang dilihat
iv.   Guru meminta murid mengambil kad perkataan yang sesuai dengan gambar dan mengeja beramai-ramai
v.    Murid dibimbing membina ayat tunggal
vi.   Murid dalam kumpulan kecil  membina ayat tunggal berpandukan kad perkataan yang diberikan
vii.  Kumpulan yang telah siap akan melekatkan perkataan tersebut pada papan putih
viii. Murid membaca ayat tunggal secara kumpulan dan individu
BBM:
Kad gambar. Kad perkataan

NILAI MURNI;
Rajin

Langkah 3:
Penerokaan
8.40pagi -8.55pagi
(15 minit)
Penerokaan

Aktiviti 3:
Membina dan menulis ayat tunggal
i.      Murid membuat aktiviti membina dan menulis ayat tunggal pada lembaran kerja yang diedarkan mengikut konstruk

BBM:
Lembaran kerja
Penutup
8.55pagi -9.00pagi
(5 minit)
Rumusan tentang            tajuk
i.      Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini
ii.     Pujian diberikan kepada murid atas kerjasama yang diberikan
NILAI MURNI:
Berbudi bahasa



No comments:

Post a Comment